Monday, June 14, 2010

1st create..


Salam... Blog ??? Hahaha, dah lama dengar tentang Blog.. Dimana2 pun orang gunakan blog untuk connection, relation atau link dengan rakan-rakan, sedara-mara atau ape2 yang sama waktu dan seangkatan dengannya...
Nak diceritakan dari mana datang nyer idea dan lahirnya 'sometimes' malam ini... Pada 10/06/10, seperti biasa pergi kerja yang makin membosankan, tidak tahu ape puncanya pada hari tersebut. Pagi tersebut datang ke tempat kerja (SMK Gedangsa), macam biasa punch card, terus lepak 'port' biasa iaitu makmal komputer. Biasa lah, technicion komputer kene 'lepak' di makmal komputer.. Memang membosankan time cuti ni, murid murid semua mungkin berseronok diluar sana bercuti. Entah-entah tengah membungkang lagi tido atas katil...
Sedang berangan dapat tido, tiba-tiba daun pintu bilikku 'digegar' oleh pengetua (bos)..."kamu tido eh" itu lah ayat first yang keluar dari mulut pengetua baru SMKG. So, aku pun keluar buat-buat sibuk kerja-kerjaku... Padahal memang aku sajer jer tunjuk banyak keje depan bos. hahahaa, sory bos..
Waktu makan tengahari pun tiba. Idea jahat nak balik awal pun terlintas dalam kepala. Keputusan nekad, cabut lari meninggalkan tempat kerjaku.. Orang yang pertama aku cari selepas 'cabut', rakan karibku saudara Syed...Dengan spontan, aku ajak syed jalan2 bercuti ke PENANG, dan ideaku diterima... Dalam kepala bermain main idea shootingview gambar cun cun coz nak poyo guna kamera DSLR, padahal pengalaman xde langsung. Kteorg main blasah jer sebab dah boring duk kerja.. Segan nak diceritakan, aku pulak tidak penah jejakkan kaki di pulau tersebut, hahahaa... Tepat jam 6.00 petang kami bertolak dan kami tiba pada jam 11.00 malam. Ketibaan kami di sambut oleh rakan baru, saudara Farizul... Bermula malam itu, aku hanya tersenyum melihat keindahan cahaya yang menerangi pulau tersebut. Entah celah mana kami bertiga merayap sehingga pagi. Keesokan nyer, planning mengelilingi pulau membuatkan aku leka.. shoot..shoot..shoot.. Banyak pula gambar yang aku shoot,.. seronok dan puas hati hasil imej & view menggunakan kamera lensa digital... Banyak gambar yang aku shoot, tetapi hasilnya masih di tahap rendah (beginner). Dari sini mulanya datang minat sebagai photographer. Kalau setakat ambil gambar tapi xde kawan pun x seronok.
So, nak dikongsikan bersama dengan rakan-rakan sekalian, 'sometimes' aku jadikan blog untuk mengisi ruang gambar yang terpilih... Insyallah aku akan upload picture dalam 'sometimes' untuk mendapat idea, pendapat, komen atau mendapat ilham dari rakan-rakan. Kalau ade yang kurang pada gmbar, komen jer.. Hehehee... ok lah, Salam perkenalan bersama rakan-rakan Blog sekalian...Wassalam.
-sometimes-

No comments:

Post a Comment